KESANGGUPAN MENDAPATKAN KUDA TEZI
Kesanggupan
Hang Tuah mendapatkan kuda Sultan Mansur Syah atau kuda raja Melaka yang
telah jatuh ke dalam telaga tahi.Tiada seorang pun yang berani mendapatkannya
melainkan Hang Tuah sendiri yang mahu terjun ke dalam telaga tahi tersebut ini
menunjukkan kebaktian dan kesetiaan Hang Tuah kepada baginda;
Sejarah Melayu;
“Hatta maka sekali persetua, kuda kenaikan Sultan
Mansur Syah jatuh ke pelindungan tahi, seorang pun tiada hendak menambatkan
tali kepada kuda itu. Setelah dilihat oleh Laksamana Hang Tuah orang yang
berates-ratus itu seorang pun tiada mau turun mengambil kuda itu, maka Hang
Tuah pun segera terjun ke dalam pelindungan itu, ditambatkannya tali pada kuda
itu. Maka diudar oranglah ke aras. Setelah kuda itu naik, maka Hang Tuah pun
naik ;
Hikayat
Hang Tuah;
“Setelah raja mendengar sembah laksamana itu, maka
raja pun menyuruh mengambil kain tujuh kayu, lalu dianugerah akan laksamana.
Maka kain tujuh kayu itu pun dibarutkan laksamana pada tubuhnya dari kepalanya
datang ke kakinya. Setelah tubuhnya terbarut itu, maka diambil oleh laksamana
tali,dipegangnya hujung tali itu, sebelah dipegang oleh orang yang di atas
telaga itu. Maka laksaman pun menyelam dalam telaga tahi itu; dengan mudahnya
juga kuda itu pun ditarik oranglah.Maka kuda itu pun lepaslah dari dalam telaga
tahi itu.”
SEDUTAN Hang Tuah VS Gusti Adipati
SEDUTAN Hang Tuah VS Gusti Adipati

No comments:
Post a Comment