PEMBUANGAN MAYAT HANG JEBAT
Di sini juga dapat dilihat perbezaan fakta apabila mayat Hang Jebat
dalam Sejarah Melayu dikatakan dibuang ke dalam laut , manakala dalam Hikayat
Hang Tuah mencatatkan bahawa mayat Hang Tuah digantung di tengah pasar untuk
tontonan rakyat. Buktinya;
“Maka mayat Hang Jebat pun ditarik oranglah, dibuangkan ke laut, maka
segala anak bininya semuanya habis diumbut, datang kepada kaki tiang dan tanah
bekas rumah pun habis digali dibuangkan ke laut.”
“…maka mayat Hang Jebat pun disuruh oleh laksamana tarik ke pintu
gerbang pada tengah jalan raya besar dipasarkan supaya dilihat orang banyak
pergi datang. Setelah genap tujuh hari, maka mayat Hang Jebat pun digantung
orang pula di tengah jalan raya.”
Kalau dilihat bagaimana jenazah penderhaka diibaratkan sebagai bangkai kerana
melawan untuk menegak keadilan maka tidak hairan lah anak cucu zaman ini lebih
suka mementingkan diri kerana mereka bukan perlu menjadi raja atau berkorban
untuk memberi peluang pihak lain mengambil kesempatan…..
Kita lihat betapa sejarah menceritakan darah rakyat dijadikan sandaran
untuk menjalankan titah atau perintah bagi melawan mana-mana penjajah yang
ingin menyentuh seinci bumi Tanah Melayu……namun demikian kita lihat di zaman
ini betapa segelintir manusia berlumba-lumba menjemput anak cucu penjajah untuk
menguasai harta benda dan kekayaan seinci Tanah Melayu…..atas alasan tersendiri…..
Salahkah rakyat kalau tidak mahu mendengar perintah yang bakal menyusah
keturunan anak cucu mereka atau betulkah rakyat jikalau setiap kekayaan Negara bukan
milik mereka sendiri dimasa hadapan kelak

No comments:
Post a Comment