,

Zuriat Laksama Hang Tuan


 ZURIAT HANG TUAH

Hang Nadim dikatakan menantu kepada Laksamana Hang Tuah iaitu suami kepada anak laksamana dengan ister keduanya daripada golongan keluarga Bendahara Paduka Raja.Laksamana Hang Tuah mempunyai ramai anak hasil daripada perkahwinannya dengan dua orang isteri.Laksamana mempunyai lima orang anak.Buktinya:

 
“Adapun akan Laksaman Hang Tuah rahimuLLah beristeri dua orang, seorang saudara Seri Bija Diraja Datuk Bongkok, beranak tiga orang, yang tua perempuan Tun Sirah namanya, duduk dengan Temenggung Khoja Hussain, beranakkan Tun Abdullah ; yang tengah laki, Tun Biajid namanya ; yang bongsu perempuan, Tun Daerah namanya, diperisteri oleh Sultan Mahmud Syah, beranak seorang perempuan, Raja Dewi namanya. Seorang lagi isteri Laksamana Hang Tuah, keluarga Bendahara Paduka Raja, beranak dua orang, yang tua lelaki bergelar Sang Guna; yang muda perempuan bernama Tun Emas Jiwa, duduk dengan Hang Nadim, beranak seorang lelaki bernama Tun Mat Ali, ayah Tun Hamzah; akan Tun Hamzah beranakkan Tun Ali, bergelar Seri Petani; sebab itulah maka Laksamana Hang Tuah , anak cucunya Melayu disebut orang datang sekarang.

 
Namun, dalam Hikayat Hang Tuah menyatakan bahawa Hang Tuah hanya mempunyai seorang anak yang bernama Hang Nadim atau Tun Nadim. Entah siapa kita nak bertanya semenjak Melaka dibawah pemerintahan penjajah...ramai orang masyarakat di zaman itu melarikan diri ke pelbagai lokasi dan menyamar serta  tidak mahu memperkenalkan diri siapa sebenar..kecuali allahyarham Mat Kilau yang ikhlas memperkenalkan dirinya untuk tatapan anak cucu......kesian sungguh cara kehidupan nenek moyang kita itu dimasa lampau yang sanggup bertahan dan menyiksa diri sendiri semata-mata mahu mengekalkan benih keturunan mereka di muka bumi Tanah Melayu atas prinsip biar putih tulang jangan putih mata....

BILA MAJALAH 3 BERBICARA

No comments:

Post a Comment