,

Otak Bijak Belum Menjaminkan


BERKOTAKAN BATANG PISANG, IDEA HANG KADIM ATAU SEORANG BUDAK

 
            Singapura yang makmur telah di serang oleh ikan todak ramai yang telah mati , maka paduka Seri Maharaja telah menitahkan rakyatnya untuk berkotakan betis , maka dilompati oleh todak itu, terus  berkancing ke sebelah. Tiba-tiba datang seorang budak yang tidak diberi sebarang gelaran dalam penulisan Sejarah Melayu memberitahu kepada baginda Paduka Seri Maharaja untuk berkotakan batang pisang.


“…datanglah seorang budak berkata, “Apa kerja kita berkotakan batang pisang alangkah baiknya?”

“….maka dikerah kan baginda rakyat mengambil batang pisang diperbuat kota.Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang.


Hikayat Hang Tuah pula menceritakan bahawa, idea untuk berkotakan batang pisang ini adalah daripada idea Hang Kadim iaitu anak kepada Hang Jebat;

 
“Ya Tuanku Syah Alam, pada bicara patik, ada suatu tipunya. Baik juga kita berkotakan batang pisang; cuba kalau-kalau diturut Allah Taala bertambah daulat Syah Alam”.


“…baginda pun bertitah, “Hai bendahara, segeralah kerahkan segala rakyat kita suruh perbuat akan seperti bicara budak ini”.


PEMBUNUHAN HANG KADIM ATAU SEORANG BUDAK


Malangnya dalam Sejarah Melayu, budak yang memberi idea kepada Sultan untuk berkotakan batang pisang telah dibunuh tanpa belas-kasihan, hanya kerana kebijakkannya memberi pendapat itulah dia telah dibunuh tanpa diperiksa mana asal-usulnya.,Contoh dapat dilihat pada kenyataan di bawah;


“Maka sembah Orang Besar-besar, “Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia lagi budak sekian ada akalnya, jikalau sudah ia besar betapa lagi? Baiklah ia kita bunuh, tuanku.”

Maka titah raja, “Benarlah bagai kata tuan hamba sekalian itu, bunuhlah ia!” Maka adalah budak itu, tatkala ia dibunuh, maka ia menanggungkan haknya atas negeri itu; lalu ia pun dibunuh oranglah


Jelas sekali, rakyat masa zaman dahulu lebih suka membuat kerja tidak berfaedah atau malas nak menolong kerana nyawa mereka akan melayang semata mata hanya beri idea bijak….untuk menyelamat Negara dan masyarakat…

No comments:

Post a Comment